Sunday 10 February 2013

Jika Diizinkan (created by Jannah Jusoh)

             Pertemuan kita bukanlah dirancang tetapi telah ditentukan Allah Yang Maha Esa. Tidak kusangka diri ini akan dipertemukan dengan si dia yang kini kian pudar dalam hati aku. Ikan kering sepat? Mahu tahu apa kena-mengena ikan kering sepat dengan si dia? Di sinilah pertemuan aku dan dia bermula. Siapa sangka pertemuan yang singkat akan meninggalkan kesan yang mendalam untuk diriku. Di sini jugalah bermulanya pengalaman dan dugaan yang melibatkan jiwa raga seorang perempuan untuk lelaki yang pernah dikasihinya. Antara kasih, sayang, cinta, rindu, dendam, dan benci.  

Friday 1 February 2013

Antara Kita

assalamualaikum .
kadang-kadang kita sering merasa diri ini seperti tidak berguna .
kita sering mengeluh itu ,mengeluh ini .
kita rasa iri hati melihat kejayaan orang .
bila ditimpa masalah ,sering merasa hidup ini tidak adil .
sampaikan kita pernah berkata tuhan itu tidak adil .Astaghfirullah .
saya juga pernah mengalaminya juga .
kadang-kadang hari ini kita bertaubat tetapi selang beberapa hari ,kita melakukan semula perkara yang mendatangkan dosa .
kadang-kadang kita ingin juga merasai perasaan mempunyai bf/gf tapi sering berasa diri ini tidak layak mempunyai kekasih disebabkan kita rasa wajah tak cukup cantiklah ,tak cukup kacaklah ,tak setaraflah dan seterusnya .
kita sering sahaja fikir yang negatif .
negatif negatif negatif aje dalam fikiran .
sama macam aku .
tapi bila aku muhasabah diri ,baru aku tahu .
kita rasa tu semua sebab kita jauh dari-Nya .
memang kita solat ,puasa ,menderma sana menderma sini
tapi
sebab apa kita melakukan tu semua ?
adakah sebab tak nak ada org lebih memuji orang lain selain kita ?
atau sebab nak berpura-pura depan orang yang tersayang ?
aku tak  cakap pasal orang tapi aku bercakap untuk diri aku sendiri .
aku tahu aku kena ubah sikap dari sekarang .
aku ingin belajar dari kesilapan .
banyak kesilapan yang aku dah buat sebelum ni .
aku yakin ,selagi hidup Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hamba-Nya .
itu jela yang dapat aku kongsikan . :)
assalamualaikum .